Thursday 16 July 2020


Hari ini aku datang,
Datang dengan hati terbuka,
Datang dengan hati nan suka,
Tiada lagi kemuraman,
Tiada lagi kecelaruan,
Kerna..
Selang kali harinya aku belajar dari kehidupan.

Hari ini aku datang,
Datang bukan sekadar bertandang,
Namun...
Datang ku kerana girang,
Datangku kerana rasa sayang,
Moga..
Rasa ini akan berkekalan hingga keakhir nafas.

#Alhamdulillah 
#TerimaKasihYaAllah

171352H Julai 2020
Jumaat

Monday 8 May 2017

Bersantai dengan Aktiviti



Hari-hari bekerja pun letih juga..kan. Maka kenalah selangkan kehidupan dengan aktiviti. Kali ni bos ajak semua staf lari-lari anak naik bukit belakang ZETRO. Nampak macam senang nak mendaki, tapi bila dah mula kaki melangkah, perghhh rasa macam nak rak guna stamina. :D

 Kenalah panas-panaskan badan dulu.. :)

Tidak kiralah apa aktiviti yang kita buat, semuanya kearah mengeratkan silatulrahim. Maklumlah kadangkala waktu kerja macam-macam perasaan timbul, ini perkara biasa sebagai seorang manusia. Maka dengan aktiviti-aktiviti begini dapat memulihkan kembali hubungan sesama kita. 







Yang berbadan dua, tolongkan jangan berlari sangat ye, berjalan aje perlahan-lahan. #AktivitiMemudahkanUntukBersalin :) 











Angkat tangan..turun tangan..angkat tangan..turun tangan :)






Lebih kurang 30 minit berhura horey atas bukit, kita turun balik..berpeluh-peluh tapi best tau. Rasa ringan badan sikit, hatipun berkembang gembiranya. :)







Dalam hidup ini apa sahaja yang ingin kita lakukan, lakukan ia secara sederhana dan dengan batasan.Nikmati kehidupan dengan kesyukuran kerana tanpa bersyukur kita bagaikan terlupa kepada yang Maha Pencipta. #Alhamdulillah #TerimaKasihYaAllah. :) :)




Wednesday 8 March 2017

Selamat Hari Lahir HANNA duhai Penawar Rindu Dikala Sepiku.


Setahun berlalu,
Waktu itu masih terasa sayu pilu,
Waktu itu airmata jatuh laju,
Waktu itu ada DIA dengan aku,
Waktu itu setahun yang lalu.

Andai waktu diputarkan kembali,
Hanya satu pintaan hati,
Biar pintu ditutup dari diperhati,
Biar hati tahu apa itu kasih Ilahi,
Biar bisu menemani diri.

Setahun berlalu,
9 Mac 2016 kini berganti,
Indah hari berganti hari,
Senyum tangis jerit ketawa disenangi,
Tingkah laku menawan hati,
Dikau bidadari kiriman Allah untuk kami.

Hari ini nenda jengahmu dari kejauhan,
Walau tiada depan mata namun dihati tak pernah hilang,
Dari hati berduyun doa nenda mohonkan,
Moga hidupmu dilingkari kesederhanaan dan keindahan,
Dari dunia hingga akhirat diberi oleh-Nya ketenangan.



SELAMAT HARI LAHIR sayang,
Tiada kehartaan dapat nenda hulurkan,
Tiada kemewahan dapat nenda adakan,
Sekadar kasih sayang tulus ikhlas dari hati,
Kasih sayang ini nenda perolehi dari Ilahi,
Nenda curahkan padamu duhai buah hati,
Semoga menjadi anak yang berhemah tinggi,
Membawa ayah dan ibumu kesyurgai.



SELAMAT HARI LAHIR HANNA, nenda sayang kamu sehingga tiada hari lagi, inshaAllah.


 Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. <3








Tuesday 27 December 2016

HANNA 2016





Kegembiraan saya kerana dia, walau saya hanya seorang Nenda. 
#SayaNendaHanna :) <3

Cukup sekadar sepatah dua kata untuk tahun 2016 kerana kesuntukan masa mengejar saat dan minit. Hingga kita bertemu dihari lain yang sesuai,inshaAllah. :)




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2017. 
:) <3 :)




Lagu feveret Hanna semenjak Hanna tahu apa itu lagu. :) <3 :



 

Saturday 6 June 2015

Impian


Ramai gak kekawan tanya, 'ko ni takde impian ke'? Emmm nak jwb apapun tak tau. Masakan tiada impian,cuma nak nyatakan tu payah sikit. Bukan sekadar memerlukan 'masa' tapi yg paling penting $$$ kena ada gak.



Tapi fikir punya fikir, ada juga impian yang tidak perlukan duit, cuma perlukan usaha lebih sikit, ingatan kena mantap, tabah dengan sikap manusia lain, dan paling2 penting jangan lupakan DIA yg menentukan hidup kita atas kehendak-Nya.

Impian saya amat banyak, ada yg telah tertunai, alhamdulillah. Mana yang belum tertunai tu, akan di usahakan, apapun biar diam di bibir, terbit dihati sendiri. ;)

Jom, kita dengar lagu ni jom.. 
#hiburan  :)


Monday 13 April 2015

Tanggungjawab

Apa itu tanggungjawab?  Berdasarkan perkataan jika dibaca ianya bagaikan berbunyi dua perkara iaitu tanggung dan jawab. Walaupun kedengaran agak rumit, namun jika dilakukan dengan fikiran yang terbuka dan kemahuan yang tinggi, pasti akan  menjadi mudah dan memberikan kepuasan yang tidak terhingga.  Siapa pun dia, apapun dia, pasti ada tanggungjawab. Antaranya:

*tanggungjawab kepada diri sendiri.

*tanggungjawab sebagai hamba-NYA.
*tanggungjawab kepada keluarga.
*tanggungjawab kepada emak dan ayah.
*tanggungjwab kepada isteri.
*tanggungjawab kepada suami.
*tanggungjawab kepada anak-anak.
*tanggungjawab kepada adik-beradik.
*tanggungjawab kepada pekerjaan.
*tanggungjawab kepada tanahair.
*tanggungjawab kepada alam semesta.
*tanggungjawab kepada....
berbagai-bagai lagi.




Sebenarnya kita teramat beruntung kerana diberi pikul tanggungjawab. Namun ada ramai yang tidak melaksanakanya. Samada terlupa, terleka, buat-buat tidak tahu, atau lebih sedih lagi ada yang tidak mahu bertanggungjawab. Jia kita diberi peluang melaksanakan tanggungjawab kita namun kita abaikan, ini adalah satu kerugian yang teramat besar. Ianya juga akan meyedihkan/melukakan hati insan-insan yang memerlukan perhatian.


Langsaikan tanggungjawab kita kerana ianya adalah kewajipan kita. 



Tanggungjawab itu bagaikan warna-warni kehidupan. :)







Thursday 1 January 2015

Kisah akhir tahun 2014 dibulan Disember.

Seminggu sebelum hari tersebut bagai kaki tak jejak kat tanah. Kesana sini, kehulu kehilir macam tak ketentuan arah dah. Kereta buat hal lagi, masuk icu, katanya problemnya dari power stering, emm entah lah malas nak fikir masa itu coz kotak otak macam ada macam2 warna wayarnya.  Bermotor aje lah buat segala perkara masa tu.

Teringat kat kata2 emak ayah, jika nak buat perkara buruk ada dugaan, ini kan pula nak buat perkara baik. Kuat sikit hati dan semangat masa tu, tambah lagi ada kata2 kuatan dari dua orang tuan puteri kesayangan. Inilah kisah.




Kisah punya kisah punya kisah, tibalah hari kejadianya. Sebadan longlai rasanya tp kekuatan semangat membunuh kelemahan akal. Segala berjalan dengan lancar, dari a hingga z, alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

Buat tuan puteriku, selamat menyahut cabaran, ini baru kisah kecil dari permulaan kehidupan, selepas ini ada banyak kisah-kisah cabaran pula. Semoga segala perkara berjalan dengan lancar dan dipermudahkan sehingga Hari Besarmu. Kita boleh lakukan dengan izin-Nya. Berdoa dan berusaha, inshaAllah.












Kini tunggu 5 bulan lagi akan datang untuk kisah selanjutnya, maka berakhir kisah dihujung tahun 2014 ke 2015. Hingga bertemu lagi, inshaAllah.


Selamat Menyambut Tahun baru 2015.
Semoga setiap langkah kita, pekerjaan kita, hembusan nafas kita, perbuatan kita, dirahmati oleh-NYA. Aamiin ya rabbal a'lamiin.