Tuesday 24 July 2012

Usah ..



Usah ditanya sucinya hati..
Bagaikan hilang kepercayaan..
Bagaikan tiada kasih bertandang..
Pudar hambar diwaktu siang..
Hati berderai hancurnya  tidak tertimbang.


Usah ditanya dimana sayang..
Bagai tergelincir hati nan rawan..
Bagai dedaun kering ditiup terbang..
Berkeliaran helaian tiada tujuan..
Kekiri curam kekanan gersang.


Usah ditanya kemana hilang..
Bagai tidak nampaknya bayang..
Bagai diri tidak dihirau..
Luruh terasa sebujur badan..
Kelam pandangan dek kesangsian.



















Thursday 19 July 2012

Jumaat.. sehari b4 berpuasa

Sampai juga hari yang semua nantikan, esok kita berpuasa. Aku macam biasa ajelah, call sana sini untuk mengetahui hal-hal mereka yg wajib aku tahu. Ada juga yang kecewa dengan sikap ini kerana aku jarang untuk mendail bertanya khabar berita, bukan tidak sudi tapi aku sendiri ada jawapan yang tertentu yang lebih baiknya ku simpan sendiri dihati, bagiku biarlah tiada sesiapa yang tahu melain Allah. Ada juga yg menanggis keriangan bila mendengar suara ku, rindu kata mereka, aku hanya ketawa kecil dan senyum tanpa diketahui oleh mereka, sebenarnya kelakuanku ikhlas tanpa ada yang tahu.  





Saat menjelang bulan puasa dan raya adalah saat-saat yg amat rumit bagi diri ini, bukan aku tidak bersyukur atas kedatangan bulan-bulan ini tetapi perasaan ini sentiasa berubah-ubah seperti orang yang tidak faham akan keadaan walau ku tahu dan faham benar yang tapak kaki ini terasa berpijak dimuka bumi Allah secara nyata.

Terima kasih kepada semua yang menyayangi diri ini, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya kerana aku tidak punya apa-apa untuk ku berikan cuma secebis kasihsayang yang tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada ku untuk terus bernafas sehingga kesaat ini. Syukur.. Alhamdulillah.




Thursday 5 July 2012

USAH






Usah diabai hati sendiri, sakitnya ia akan terasa seluruh tubuh.

Usah dikhabar kepada orang, risau tersilap menghulur khabar..meraih derita diri sendiri.