Thursday 29 March 2012

Terlupa seketika di Alam Nyata..




Mukasurat itu diselak-selak lagi..
Mencari muka akhir yang dibaca..
Sampai mana tadi..
Muka mana diakhiri..
Keliru seketika.


Termenung berfikir..
Berfikir di alam nan nyata..
Inilah lumrah kehidupan kita..
Kalau terleka pasti terlupa..
Kalau teralpa pasti sukar untuk mengingati..
Mengingati jalan mana dilalui sebelumnya..
Alangkah hampa.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un..
Bisik hatinya berkali-kali..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunilah diri ini..
Terlalai hambamu seketika..
Dengan kehidupan ini..
Hingga fikiran tidak mampu berfikir..
Jalan mana harus langkah ini menuju.

Diselak-selak lagi mukasurat buku itu..
Tersenyum sendiri..
Adoiii.. !!! kenapalah aku terlupa..
Padahal penanda buku besar saiznya disertakan sama..
Mengapa tidak digunakan sebagai penanda..
Agar tidak hilang mukasurat yg telah dibaca..
Sia-sia sahaja penanda itu ada.

Cuba pula di ingatkan jalan cerita..
Sampai mana tadi..
Otak ligat mengingati..
Oooooo !!!!!! riang riak wajahnya..
Ingat ! ingat ! ingat !..
Terima kasih Ya Allah.
Terima kasih memulangkan ingatan hambamu ini kembali.

Begitulah warna-warna kehidupan..
Sememangnya kita tidak pernah sempurna..
Namun..
Haruslah diingati selalu..
Dimana pegangan hidup..
Terlalai itu memang lumrah kita manusia..
Yang penting jangan sesekali kita terlupa diri..
Bahawa kita dianugerah dengan akal..
Dibekalkan dengan ilmu pengetahuan..
Dan ingatlah jua..
Kita manusia adalah hamba yang dimuliakan..
Dan di bekalkan dengan berbagai kelebihan..
Terima kasih Ya Allah.

~ Sesungguhnya manusia dicipta oleh Allah SWT merupakan satu ciptaan yang paling sempurna berbanding dengan makhluk yang lain termasuk malaikat, tetapi malangnya kita sendiri tidak tahu dan tidak kenal kehebatan diri kita sendiri, padahal sekiranya kita tahu..kita akan berjaya menempuh kehidupan didunia ini supaya selamat didunia dan akhirat. ~


Monday 26 March 2012

Haruman Kasturi Ku..


Harum kasturi dipinggir kali..
Haruman tersebar seluruh angkasa..
Menyentuh harum dibidai kaki langit nan biru..
Awan ceria menghidu..
Pelangi enggan berlalu..
Walau bumi telah lama kering selepas hujan.

Wahai harum kasturiku..
Hati riang walau sunyi dengan hadirnya dirimu..
Tiada lagi kesuraman..
Tiada lagi tangisan..
Bila kau hadir disisi tanpa ku sedari.

Dengan harumanmu wahai kasturi..
Tidak ku dengar lagi suara-suara itu..
Suara-suara sumbang..
Suara-suara sumbang yang bisa membuat ku kepeningan seharian.

Kerana harumanmu jua..
Lena ku indah dibulan mengambang..
Dibawah kelipan bintang-bintang..
Dan dapatku lupakan sejenak akan kata-kata sumbang itu..
Hingga lena ku dibuai sepoi..
Diarak tubuh ditaman bahagia.

Bila ku terjaga..
Harummu masih lagi setia..
Setia menemani lenaku yang panjang..
Lantas senyumku terukir diwajah..
Dan bibir riang bersuara..
Alhamdulillah..
Terima kasih Ya Allah..
Terima kasih kerana-MU memberikan kepadaku..
Ketenangan kehidupan..
Walau dugaan sentiasa datang menjenguk..
Dugaan itu sentiasa datang meninjau..
Akan ku harungi dengan tabah..
Kerana ku tahu..
Diri-Mu sentiasa ada bersamaku setiap waktu..
Dan terima kasih jua padamu..
Wahai HARUM KASTURIKU.

~ Kata orang, cinta itu buta. Kalau benar cinta itu buta adalah lebih baik utk bercinta. Hakikatnya, bukan cinta yg buta kerana ia hanyalah perasaan yg dialami tetapi yg buta adalah Orang yg bercinta.. bahkan kadangkala bukan sahaja buta tetapi pekak juga kerana setiap apa yg orang lain katakan mengenai cintanya, pasti akan ditolak mentah-mentah. CINTA TIDAK PERNAH BUTA.. CINTA AKAN MEMBUAT KITA SENTIASA BERJAGA-JAGA, KERANA CINTA DATANG DENGAN JIWA..BUKAN DENGAN MATA. ~


Indahnya Ramuan Hidup..

Dikuis-kuisnya rasa..
Pahit, masam, masin, manis semuanya ada..
Ini perasa kehidupan..
Bisik naluri hati..
Kalau tidak lengkap ramuan..
Pasti kurang enak..
Mana mungkin untuk menikmati akan rasanya.

Akur akan perjalanan hidup ..
Akur akan rencana yang telah tertulis..
Akur akan dugaan takdir..
Akur akan segala-galanya..
Inilah kita sebenarnya..
Cuma hamba kepada DIA.

Enak ramuan dalam kehidupan..
Basah kiranya dimandi dek hujan..
Panas diselimuti cahaya mentari..
Nyaman dibawah sinaran sang bulan..
Teruja mencapai akan bintang-bintang..
Walau tak pernah ada sejarah tercapai dek tangan.

Hari ini mungkin kita menanggisi..
Hari esok mungkin pula kita ketawa..
Lusa mungkin kita dalam amarah..
Tulat entah apa-apa lagi ragam yang menghampiri..
Kerna sifat-sifat yang tersemat didalam jiwa..
Bisa menimbulkan akan segala angkara.

Inilah kita..
Hanya manusia biasa..
Terhiris luka warna darah sama sahaja..
Hanya kulit yang bisa membeza..
Mengapa kadangkala kita terlupa..
Akan diri kita..
Sedangkan kita sedar..
Kita tidak pernah bermimpi..
Bahawa kita hanya bernafas untuk sementara..
Sampai masa hilanglah bayangan kita dari dunia.

~ Allah tidak membiarkan manusia terumbang-ambing tanpa panduan, Allah turunkan iman dan Islam sebagai rujukan untuk manusia menjalani kehidupan. { ayat di copy N paste dari : SOLUSI ISU No.42] ~



Sunday 25 March 2012

CEMBURU Itu Pembunuh Kebahagiaan ...


Terima kasih kerana sayangi diri ini walau kadangkala bicaramu agak kurang jelas bagaikan mementingkan diri sendiri.

Terima kasih melamar diri ini seketika dulu walau ikatan itu tidak begitu kukuh sehingga simpulannya terburai lalu putus.

Terima kasih atas segalanya kerana kasih itu tetap kekal dihati kita walau kita tidak lagi bercerita tentang cinta kita.

Terima kasih juga kerana bunga-bunga kasih dihati tetap segar walau kita tidak lagi bersama.


Maafkan diri ini kerana mulutku terkunci untuk teruskan bicara.

Maafkan diri ini kerana tidak pandai menilai mana intan dan mana permata.

Dan…


Maafkan diri ini juga kerana Cemburuku telah membunuh kebahagiaan antara kita.

~ Bila aku mencintai kerana dirimu..datanglah cemburu.. gundah gulana, bila aku mencintaimu kerana Tuhanku..timbullah ceria.. hancurlah sengsara. ~


Renungkanlah Seketika…






Tertunduk diri memikirkan..
Akan rencana Illahi..
Setiap kita pasti merasai..
Akan suka, gembira, pedih hati.



Apa ertinya kekayaan..
Andaikata sentiasa tersilap jalan..
Lorong mana agaknya..
Kearah mana mungkinnya..
Resah pasti bertandangan..
Dalam gembira kekayaan..
Pasti kelabu jiwa seseorang.



Jika miskin menimpa pula..
Jangan sesekali kita terleka..
Memilih lorong yang berliku..
Lihatlah dengan mata hatimu..
Agar tidak terjerat diri..
Kelak binasa sendiri yang rugi.

Hilangkan jiwa yang resah..
Kerana ketenangan jiwa nikmat terasa indah..
Berhati-hati ketika berkata-kata..
Kerana silap kata pasti derita..
Betul katanya pasti menjana ceria.

Jangan sesekali kita terlupa..
Kita ini hamba siapa..
Ingatlah asal kejadian kita..
Jangan terlalu ego pada-NYA
Kerana kasih sayang-NYA mengatasi segala-galanya..
Dengan segala apa yang ada didunia..
RENUNGKANLAH SEKETIKA.

~ Kita sering memilih apa yang ingin kita pilih, kita sering memilih apa yang dipilih kekasih hati, NAMUN kita jarang memilih pilihan yang Maha Memilih. ~


Thursday 22 March 2012

Tiada Lagi Kemelut Dimuara Kasih…

Kini tiada lagi kemelut dimuara kasih..
Semuanya telah nyata..
Terima atau tidak..
Terpulang empunya diri masing-masing..
Angguk atau menggeleng.

Mana mungkin teratai layu ditasik madu..
Kerana ia hidup dipermukaan air yang tenang..
Ditemani keriangan sang unggas-unggas..
Dibuai indah dek deruan angin..
Dibumbungi redup dek langit nan biru.


Kini di hati kita telah terbentang permaidani indah..
Terpulanglah diri untuk terus melangkah diatasnya atau pun tidak..
Tiada paksaan..
Tiada yang membantah..
Tiada yang menghalang..
Tiada juga yang menegah..
Kerana telah  kita ketahui..
Kemana saja kaki melangkah..
Pasti bertemu kita dipenghujungnya jua.

Kini tiada lagi kemelut dimuara kasih..
Tiada lagi gelora melontar jiwa..
Tiada lagi gelisah kerinduan..
Kerana antara kita telah  sama-sama berjanji..
Untuk  pasrah akan kemungkinan terjadi..
Dan serahkan akan ia..
Kepada DIA yang Maha berkuasa.

~ Sememangnya kita dikurniakan akal tetapi mengapa sering juga salah jawapan?? .. Maka akal patut digunakan untuk melihat jawapan atas pertanyaan kita kepada ALLAH.  Seandainya kita meminta tetapi belum kelihatan, itu bermakna permintaan kita belum tiba pada waktunya. ~