Tuesday 31 December 2013

Selamat tinggal 2013..



Bismillah..
Assalamualaikum..

Akhirnya senja terakhir 2013 berlabuh pergi, bukan bermakna senja tidak mungkin hadir lagi namun senja yg hadir dihari esok bertukar angka, itu pasti.  Pastinya ramai juga antara kita punyai kenangan, yang pahit, yang manis, yang masam, yang masin, ibarat 4 jenis perasa dilidah yang menimbulkan nikmat ketika makan.


Apa itu kenangan jika banyak kepahitan dari manisnya? Mungkin ramai yang berfikir begitu dan jangan sekali-kali kita lupa, yang pahit itu sentiasa membuatkan kita terus berfikir serta  berusaha untuk menukarkannya kepada ketenangan, walaupun ada kalanya bagai tidak terdaya untuk memikul sendirian.  Jangan juga kita lupa bahawa setiap perkara yang menimpa adalah dugaan buat kita sebagai insan yang terpilih kerana diri kita sentiasa diperhatikan oleh-Nya tanpa kita sedar dan tanpa kita ketahui, dan adakalanya mematangkan diri dari hari semalam atau kemarin, inshaAllah.



Biarkan ianya berlalu biarkan namun dengan syarat..!  Kita tidak mampu menghalang apapun yang datang, tidak juga mampu singkirkan, jangan juga kita cuba melangkah lalu tanpa menghadap kerana itu tidak pintar kelihatannya. Tabahkan hati, kuatkan hati dengan mohon kekuatan itu dari-Nya supaya yang sukar, susah, kelam dan gelap itu dapat lalui dengan senyuman walau terpaksa tersenyum. Senyumlah diri, senyumlah sahabat, senyumlah sayangku, senyumlah buah hatiku, senyumlah kalian.. senyumlah. Selamat Tinggal duhai 2013, yang penuh dengan cerita dan sejarah-mu.