Saturday 18 June 2011

Selamat Hari Bapa khas buat Ayahandaku..

Dalam Solasi lepas terdapat satu artikel dalam ruang Cerna Minda bertajuk Dinamiknya Kehidupan. Antara kandungan ceritanya berbunyi begini..’hidup adalah yang dinamik, bukan statik.  Dari satu detik kesatu detik yang lain, pasti berlaku perpindahan, perubahan, pertambahan, peningkatan atau penurunan. Hatta suatu yang kelihatan tidak bergerak seperti batu gunung atau bukit juga tetap berlaku perubahan. Alur air yg mengalir juga akan merubahkan sesuatu.  Begitu jua tunggul2 kayu yg mati, akhirnya reput dan lerai.

Begitulah kehidupan, bagaimana sekalipun perjalanan kehidupan kita, sudah pasti tertulisnya perubahan itu. Namun bagaimana dengan hati kita? Kasih kita terhadap ayah yang menjaga dan memberi kasih sayangnya kepada kita.  Kekadang timbul rasa kurang ceria bila memikirkan kasihnya ayah kekadang berat sebelah.  Mana tidaknya, bila mempunyai adik-beradik yang ramai, mana mungkin kasih ayah akan adil dan saksama.   Cemburu tetap timbul sesama sendiri, mulalah ada yang bermasam muka antara sendiri berhari-hari.  Cuba fikirkan.. apakah betul apa yang kita rasakan itu? Cemburu buta sesama adik-beradik yang lain sampai ayah pun rasa tak senang hati melihatnya.

Kita tidak perlu menjawab kisah cemburu buta ni kerana itu masing-masing punya perasaan.  Apa yang hendak dikatakan disini ialah mengenai yg apa akan terjadi esok hari yakni 19 Jun 2011 bersamaan hari Ahad,

Tepat pukul 1200 malam ni bermulalah  HARI BAPA’..  harap2 takde lah keluar rencana-rencana yang hari bapa ni tak boleh disambut macam ‘Hari Ibu’ hari tu.

Apakah terdapat perubahan kasihsayang didalam diri kita terhadap seorang lelaki yang bernama Ayah, Abi, Abah, Bapak, Daddy dan sebagainya?? Itu persoalannya sekarang..

Terbaca saya akan satu artikel di akbar Kosmo bulan mei lepas..’Bapa beli sekolah RM4.98 juta demi anak’’.. Saya membaca artikel ni banyak kali hingga saya memguntingnya untuk simpanan.  Ramai diantara kekwn saya yang mengatakan bahawa bodohnya bapak budak ni kerana sanggup keluarkan duit begitu banyak, tetapi saya nafikan kata-kata mereka, saya kata kalaulah saya ada duit banyak, saya pun akan buat benda yang sama untuk anak-anak saya kerana itu pelaburan yang bagus untuk masa depan anak saya.  Mereka semua hanya mentertawakan saya tetaapi saya membacakan sedikit dari cerita dari artikel ini kepada mereka yang berbunyi begini..’’seorang bapa Matt Hill membeli sebuah sekolah swasta pada harga RM4.98 juta bagi mengelak ia ditutup kerana anak perempuannya besekolah disekolah itu. Sekolah itu menyediakan pembelajaran untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 11 tahun dan dia memberi jaminan bahawa semua kakitangan dan 65 pelajar lain akan terus kekal berada disekolah itu.

Bagi saya apa yang bapa ini buat adalah sesuatu yang terbaik demi anaknya yang dikasihinya.  Kebetulan duit bukanlah satu masalah baginya.  Tak salah beliau membuat sedemikian rupa disamping menyelamatkan kehidupan mereka-mereka yang lain dalam masa yang sama.  Saya doakan semoga anaknya ini tidak melupakan apa yang telah ayahnya lakukan semata-mata untuk dirinya sehingga hembusan akhir nafasnya.

Teringat akan kisah suatu masa dulu, saya memang betul-betul marah bila setiap lagu-lagu yang berkumandang di radio hanya untuk ibu sahaja.. apa tah lagu lagu ibu dari kumpulan kegemaran saya Blues Geng bertajuk IBU.  Lantas dek terlampau marah dan hampa tanpa buang masa saya terus menulis surat kepada kumpulan itu dan menyuruh mereka mencipta lagu khas untuk seorang ayah.  Malangnya sampai hari ini mereka tidak mempunyai lagu untuk ayah.  Tak tahulah kalau saya yang tidak mengetahuinya kiranya kumpulan ini mempunyai lagu itu.

Sebenarnya kasihsayang saya terhadap ayah saya yang saya panggil Bapak kerap kali bertukar % nya.  Saya bukan seorang anak yang baik sangat, kekadang saya marah ayah saya kerana kasihsayang dia bagaikan tidak adil sama sekali.  Itulah kelemahan diri saya.  Tapi saya memang tahu ayah memang sayangkan saya, kalau tidak masakan setiap langkah saya dia akan kira dan perhatikan.  Kalau nak diceritakan memang tidak mampu menaip kerana terlalu banyak cerita antara saya dan ayah.

Hari Bapa tahun ini pun sama gak lah dengan tahun-tahun yang sebelumnya.  Bagi saya hari bapa ini seperti hari ibu juga kerana ayah sentiasa didalam doa saya.  Saya mepunyai 24 jam sehari untuk mendoakan kesejahteraan ayah.  Dan tahun ini saya simpan 1 lagu yang dinyanyikan oleh Shiha [mentor 5] ‘bila bertemumu’ [satu dalam sejuta].  Lagu ini memang saya tak terlintas langsung untuk berikan kepada sesiapa kecuali Ayahanda tersayang Mohamad b. Talib




Tuesday 7 June 2011

Tanyalah kepada Diri....!!!

Tanyalah kpd diri.. Siapakah diri kita???
Kita hanyalah Hamba Allah yang Maha Esa.
Mengapa harus bermegah diri..
Mengapa sentiasa menunding jari..
Dan ketahuilah..
Hanya 1 jari menunjuk kearah mereka..
Yang selebihnya kita yg punya..
Sedarlah.. sedarlah.. sedarlah.

Manusia adalah sebaik-baik kejadian..
Maka gunakanlah akal yg diberikan..
Ilmu pengetahuan yg dibekalkan..
Gunakan ia untuk kebaikan..
Simpanlah ia sebagai Bekalan.

Apa guna kelebihan yg diberikan kepada kita manusia..
Andaikata kita alpa dan leka..
Dimana letaknya akal kita?
Dimana hilangnya bekalan ilmu pengetahuan kita?
Sedangkan Allah ciptakan kemudahan alam tabii utk manusia..
Mengapa kita masih leka..
Sedangkan kita menerima amanah Ilahi dalam memakmurkan bumi..
Dan dilengkapkan oleh Allah dengan kebolehan diri..
Yang boleh ditingkatkan utk mendekatkan diri kpd-NYA.
Mengapa kita masih riak?
Mengapa? Kenapa?

Ketahuilah oleh kita..
Sedarkanlah akan diri kita..
Jauhkan lah dari diri kita..
Sifat yg perlu dibantah dlm diri..
Lemah, tergesa-gesa dan gopoh gapah..
Membantah-bantah, putus asa dan keluh kesah..
Apa lagi kiranya kita lupa atau alpa..
Terima kasih setelah menerima..
Kedekut dan hasad dengki.

Banyak petunjuk yg Allah beri..
Mengapa kita terlupa diri..
Petunjuk Tabii ataupun Semulajadi..
Petunjuk Pancaindera ataupun Deria..
Petunjuk Pemikiran mampu berfikir kearah kebaikan..
Petunjuk Keagamaa bisa memilih agama dalam kehidupan..
Petunjuk Keimanan bentuk hidayah yg bisa merasai..
Dan  menikmati hubungan terus dgn Pencipta kita..
Dari itu jgn sekali-kali kita terleka..
Kita diperhatikan setiap masa.

Tingkatkan Insan disisi-NYA.
Muslimin, yg menerima Islam sebagai agama kehidupan..
Mukminin, yang beriman..
Mukhlisin, yang punya keiklasan..
Muhsinin, yang suka kpd kebaikan..
Dan..
Muttaqin, yang penuh ketaqwaan.

Dan ketahui oleh kita..
Kita dilahirkan bukan utk GAGAL.












~~ Body Language .. :))

More than half of what we communicate is communicated not through words but through body language.  This includes our posture, facial expressions and gestures.

If your posture is slumped and your head is down, this could mean that you are sad or lack confidence.

If your posture is straight but relaxed, you are showing others that you are confident and friendly.

A smile is a sign of friendliness and interest but people sometimes smile just to be polite.  Establishing eye-contact is another way of expressing interest and respect. However, remember to look away every now and then before meeting the other person’s eyes again.  A person who doesn’t look away is expressing a challenge.  On the other hand, a person who doesn’t look at you is expressing lack of interest or is shy.

Hand gestures can mean a person is interested in the conversation but repeated movements, like tapping a pencil or tapping a foot-often mean the person is either impatient or nervous.