Tuesday 24 May 2011

Wanita Global: Sayeeda wakil wanita Islam Britain

KATAKAN apa saja mengenai wanita, terutama yang beragama Islam, ia masih belum mampu menolak hakikat golongan itu sebenarnya jauh mengatasi segala pandangan negatif yang dilemparkan saban masa.

Tanggapan jahat mengatakan Islam mengongkong wanita, mengehadkan hak mereka mendapatkan pendidikan dan menyuarakan pandangan, disangkal sama sekali dengan kejayaan demi kejayaan yang dicapai wanita Islam.


Pepatah 'tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia' sudah banyak kali dibuktikan berserta deretan pencapaian mengagumkan.

Di Britain, kehadiran Sayeeda Warsi, di arena politik mencipta satu lagi kemajuan bagi wanita Islam di negara itu yang rata-rata rakyatnya tidak begitu senang dengan kehadiran komuniti itu selepas tragedi 11 September 2001 dan 7 Julai 2005.

Namun ia bukan penghalang kepada wanita kelahiran Pakistan itu mengenepikan segala cabaran untuk dipilih sebagai wanita Islam paling berpengaruh di Britain.
 
Mewakili pembangkang, Parti Konservatif di Parlimen, Sayeeda menolak jauh-jauh pandangan stereotaip bahawa Islam menghalang wanita untuk berjaya.

"Saya amat bangga dinamakan sebagai wanita Islam Britain paling berpengaruh. Saya yakin darah Pakistan yang mengalir dalam diri saya, kepercayaan teguh kepada Islam dan proses pembesaran di Yorkshire memainkan peranan penting dalam kejayaan ini," katanya ketika majlis makan malam meraikan penghormatan itu.

Sayeeda, yang memegang jawatan Menteri Perpaduan Masyarakat dan Tindakan Sosial dalam parti pembangkang, juga mencipta sejarah sebagai individu Islam pertama menyertai Kabinet Konservatif, mendahului senarai 50 wanita yang dikumpul oleh Suruhanjaya Kesaksamaan dan Hak Asasi Manusia.

Pengerusinya, Trevor Phillips, berkata Senarai Kuasa Wanita Islam bertujuan memberi penghargaan kepada pencapaian wanita Islam yang berjaya dalam bidang perniagaan, seni, media, awam dan sektor sukarela.
Senarai berkenaan, yang pertama seumpama itu, turut memaparkan penyampai berita televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), Mishal Husain dan Farmida Bi, rakan perbankan bagi firma undang-undang Norton Rose LLP.

Sayeeda, 38, adalah Naib Pengerusi Parti Konservatif dengan tanggungjawab bagi urusan bandar raya sejak 2005. Pada pilihan raya tahun berkenaan, Sayeeda menjadi wanita Islam pertama dipilih pembangkang untuk bertanding kerusi Parlimen.

Peguam bertauliah, Sayeeda yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, pernah bekerja bagi Kementerian Undang-Undang di Pakistan mengenai projek kahwin paksa dan di Kashmir sebagai Pengerusi Yayasan Savayra, badan kebajikan memperkasakan wanita.

Sayeeda tidak menafikan tanggapan negatif mengenai wanita Islam yang terpaksa ditelannya setiap hari.

"Memang saya pernah berdepan prejudis sebagai wanita-wanita Islam. Antara bentuk prejudis paling kerap menghantui saya ialah wartawan yang bertanyakan, 'Adakan anda menganggap diri sebagai Islam dulu atau rakyat Britain dulu?' seolah-olah kedua-duanya tidak boleh bersatu," katanya.

Sayeeda menegaskan menjadi wanita Islam tidak sepatutnya dilihat sebagai halangan, tetapi aset mencapai kejayaan.

"Apabila Islam diterjemahkan dengan sempurna, ia adalah agama yang menyokong dan memuliakan wanita. Islam adalah agama bebas bagi wanita," katanya.

Sementara itu, Phillips bersetuju senarai itu memecahkan banyak stereotaip terhadap wanita Islam.

"Saya tidak rasa ada kumpulan lain yang langsung tidak difahami dan dipandang negatif selain wanita Islam," katanya.

Beliau menyifatkan usaha mereka itu sebagai sebahagian projek lebih luas untuk membuang mitos dan meningkatkan profil wanita Islam di negara itu.

"Senarai ini cuma permulaan projek lebih banyak untuk mencipta rangkaian wanita yang dibentuk oleh kemampuan dan minat mereka, dengan pegangan dan latar belakang cuma sebahagian daripada siapa mereka sebenarnya," kata Phillips.

Penyelidikan baru yang dikendalikan oleh Ipsos Mori menyifatkan wanita Islam sebagai bercita-cita tinggi dan mahu memainkan peranan penuh dalam masa depan ekonomi Britain.

Tinjauan ke atas lebih 400 wanita Islam bekerja dan tidak bekerja mendapati satu pertiga daripada wanita Islam bekerjaya melihat diri mereka satu hari nanti sebagai ketua eksekutif atau pemimpin pertubuhan pekerjaan mereka.

Pemilihan Sayeeda dan ramai lagi yang tidak dilaporkan menjadi bukti paling kukuh Islam tidak pernah memandang wanita sebagai umat kelas kedua. Selagi ada usaha, doa dan tawakal, kejayaan cuma di hujung jari. Meskipun ada ketika ia sukar dicapai, ia sekadar menjadikan kejayaan itu lebih manis dan bermakna.

dimana letaknya kedamaian itu.. ?

Dimana letaknya kedamaian dan ketenangan itu..
Andai dilihat kiri kanan..
Bagai tiada pertanda..
Bila bersuara..
Mereka fikir aku tiada warna2 dunia..
Hidup bagai seiringi Jerebu..
Yg  sentiasa samarkan mata pabila melihat sesuatu.

Sebenarnya kalian tidak tahu..
Warna-warna yg mengelilingi hidupku..
Dimana dalam 7 warna ada cerita 1001..
Namun lebih baik aku membisu..
Kerana itu adalah..
Jalan yang terbaik bagi diriku.
sometimes smartest ‘remarks’ is ‘’SILENCE’’.