Saturday 13 September 2014

Sehelai tudung putih.




Sehelai tudung putih,
Penutup wajah dihari terakhir,
Buat intaian tersayang dari jauh,
Buat tandaan akan pergi jauh dari mata,
Buat pesanan untuk kita,
Bahawa setiap dari kita diberi pinjam sementara didunia.

Sehelai tudung putih itu,
Dibelai, digenggam, dicium bertalu-talu,
Penawar rindu ketika sayu,
Dan hati berbisik di angin lalu,
Andai dapat kirimkan rindu,
Katakanlah kepadanya,
‘dirimu sentiasa di dalam doa anakmu.

Sehelai tudung putih,
Bagai hadiah terakhir pemberian,
Buat diri terdiam terpaku,
Tiada kata tiada suara,
Hanya mampu,
Bercerita kepada yang Esa,
Mengadu kepada-Nya,
Bertapa,
Rindunya hati tidak terhingga.