Tuesday 31 December 2013

Selamat tinggal 2013..



Bismillah..
Assalamualaikum..

Akhirnya senja terakhir 2013 berlabuh pergi, bukan bermakna senja tidak mungkin hadir lagi namun senja yg hadir dihari esok bertukar angka, itu pasti.  Pastinya ramai juga antara kita punyai kenangan, yang pahit, yang manis, yang masam, yang masin, ibarat 4 jenis perasa dilidah yang menimbulkan nikmat ketika makan.


Apa itu kenangan jika banyak kepahitan dari manisnya? Mungkin ramai yang berfikir begitu dan jangan sekali-kali kita lupa, yang pahit itu sentiasa membuatkan kita terus berfikir serta  berusaha untuk menukarkannya kepada ketenangan, walaupun ada kalanya bagai tidak terdaya untuk memikul sendirian.  Jangan juga kita lupa bahawa setiap perkara yang menimpa adalah dugaan buat kita sebagai insan yang terpilih kerana diri kita sentiasa diperhatikan oleh-Nya tanpa kita sedar dan tanpa kita ketahui, dan adakalanya mematangkan diri dari hari semalam atau kemarin, inshaAllah.



Biarkan ianya berlalu biarkan namun dengan syarat..!  Kita tidak mampu menghalang apapun yang datang, tidak juga mampu singkirkan, jangan juga kita cuba melangkah lalu tanpa menghadap kerana itu tidak pintar kelihatannya. Tabahkan hati, kuatkan hati dengan mohon kekuatan itu dari-Nya supaya yang sukar, susah, kelam dan gelap itu dapat lalui dengan senyuman walau terpaksa tersenyum. Senyumlah diri, senyumlah sahabat, senyumlah sayangku, senyumlah buah hatiku, senyumlah kalian.. senyumlah. Selamat Tinggal duhai 2013, yang penuh dengan cerita dan sejarah-mu.





Tuesday 8 October 2013

Rindu itu Kesakitan






Hendak berkata apapun tidak ku tahu saat ini, apa yang ku rasa rindu sangat2 setiap saat masa. Al-fatihah buat ayahanda kesayanganku yg pergi secara tiba-tiba. Mungkin telah tiba masa setelah sekian lama Allah swt pinjamkan ayahanda buatku didunia. 



( 10.6.1926 - 13.9.2013 {Jumaat : 0920am] )
[gambar akhir ayahandaku dikelilingi oleh abang2, kakak2 dan adik2ku dihari raya pertama lepas '2013'.]
#diri ini tiada dlm gambar atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan. :(








(ayahanda N bonda)


Ya Allah..
Haramkanlah wajah ibuku dan ayahku dari disambar oleh api neraka, kurniakanlah buat mereka syurga-Mu tanpa hisab. Aamiin.




Thursday 21 February 2013

Tips untuk seronok bekerja.. :)




1. Kita menyeronokkan orang lain.

2. Relaks.. Jangan terlalu serius.

3. Ringankan tangan kita.

4. Datang awal ke pejabat.

5. Bantulah orang lain.. ;)

6. Amalkan sentuhan keinsanan.

7. Makan bersama..seronok bersama.



8. Letakkan benda asing dipejabat. { dimeja..dipartition..atau lebih lepat tempat yg tidak menganggu orang lain tapi menarik perhatian kita].

9. Memaafkan orang.

10. Ketawa.

11. Motivasikan diri.

12. Jangan banyak merungut.

13. Bina hubungan sesama sendiri. {senang utk bekerjasama tp dengan batasan].

14. Fokus terhadap kerja.

15. Berikan penghargaan kepada diri sendiri.

16. Hiasi wajah dengan senyuman. :)



17. Kerja betul-betul.

18. Ikhlaskan hati.

19. Jangan mengharap tetapi terus berusaha untuk berjaya.

20. Banyakkan DOA.





KERJA ! KERJA ! KERJA ! KERJA ! KERJA !



Kerja adalah Ibadah & Amanah

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam". (Al-An'aam ayat 162)