Tuesday 11 November 2014

Kisahnya.


Lihat dari atas sini semuanya redup, hujan jalanraya semua basah. Ada banyak kereta kehulu kehilir, ada yang laju dan juga juga yang perlahan.




Pagi tadi bangun tidur lewat, laju-laju jalan mandi, usai solat, siap-siap hendak ke tempt kerja.

Langkah selangkah dua dipintu kaca, ada yang berlari kejar sama. Bos dah tunggu katanya, pintu tak boleh buka. Emmmm..

Lari-lari buka pintu, lupa dikaki bertumit tinggi, apapun semua beres. Cintakan kerja kata hati. ;-)





Pandang kiri pandang kanan, mana semua orang. Dikejar lagi diri ini, mesyuarat kejap lagi katanya, bos minum apa makan apa, meh tolong leraikan kerja banyak giler. Tangan capai 3in1, bancuh secawan dengan piring biskut manis gula untuk bos kita, selesai kerja. Senyum sendiri puas hati. :-)

Mereka mula tanya-tanya bagaimana mudah selesaikan kisah. Jawab dengan senyum manja, 'kita bekerja kerana Allah'. Apapun gelora datang menjengah kita redah. Akhirnya, alhamdulillah.  


"Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari)



#Sephia yg tidak duduk diam, bukan kerana didera, dia memang suka buat kerja. #anakbuah saya. :) 


Saturday 13 September 2014

Sehelai tudung putih.




Sehelai tudung putih,
Penutup wajah dihari terakhir,
Buat intaian tersayang dari jauh,
Buat tandaan akan pergi jauh dari mata,
Buat pesanan untuk kita,
Bahawa setiap dari kita diberi pinjam sementara didunia.

Sehelai tudung putih itu,
Dibelai, digenggam, dicium bertalu-talu,
Penawar rindu ketika sayu,
Dan hati berbisik di angin lalu,
Andai dapat kirimkan rindu,
Katakanlah kepadanya,
‘dirimu sentiasa di dalam doa anakmu.

Sehelai tudung putih,
Bagai hadiah terakhir pemberian,
Buat diri terdiam terpaku,
Tiada kata tiada suara,
Hanya mampu,
Bercerita kepada yang Esa,
Mengadu kepada-Nya,
Bertapa,
Rindunya hati tidak terhingga.







Thursday 6 March 2014

Aku bukan sesiapa..



Benar kata guru ku, 
Kalau jiwa ok pasti bebas dari belenggu, 
Jika jiwa mantap, 
Kelak minda menjadi hebat. 

Kadangkala kita terlupa kerana terbiasa, 
Apakah kalimah pengakhiran bicara, 
Mungkin kita leka, 
Mungkin juga kita lena. 

Kata-kata adalah wadah perubahan paling hebat, 
Namun aku tidak suka berdebat, 
Seandainya bicaraku betul pasti ceria menanti, 
Namun, 
Kiranya tersalah kata, risau membawa derita, 
Kerana aku manusia biasa, 
Yang tidak pandai apa-apa. 

Aku masih lagi mencari diri, 
Masih berusaha mengenal Rasa, 
Masih mendalami Kata-kata, 
Supaya nyata, 
Biar KATA membuktikan RASA, 
Baru jelas apa bicara, 
KERANA AKU BUKAN SESIAPA.




Wednesday 29 January 2014

Januari 2014 penuh dengan aktiviti-aktiviti bersantai. :)


Antara aktiviti-aktiviti santai awal tahun 2014 [Jan]. :) <3



1. i-City, Shah Alam.












2. Skytrex, Shah Alam <3







3. Melaka {Bandaraya Bersejarah] .. :) <3




Kampung Morten dibuka oleh pengasasnya pada tahun 1920







Masak asam Jr.. Sedapp :)
                                                









Istana Kesultanan Melaka








Sungai Melaka

Wednesday 22 January 2014

Apa itu kenangan?


Malu daku waktu itu,
Segan daku waktu itu,
Terasa hendak menarik awan turun tutupi wajah,
Lebih lagi lirikan mata memandang,
Bagai pedang menikam pandangan,
Senyuman hadiah petang,
Tertunduk sipu yang ditentang.

Lihat sana tu'..ingat tak?,
Daku diam, kau pandang,

Ingat? ingat tak ni?
Mata melihat, fikiran merayau,
Pokok keladi berdaun besar,

Tepi tasik, indah pandangan,
Ingat..pasti ingat.

Lihat sana tu'.. ingat tak?
Daku diam lagi,
Itu kat sana'.. pokok tu..ingat?
Emm..macam ingat,

Suara ku perlahan,
Tapi..
Gambar tu ada burung-burung kat dahan,
Mana burung-burung tu?,

Kau senyum tanpa kata pabila ditanya,
Buat daku ceria tapi masih berkira-kira.

Awak suka burung-burung cantik tu ye?
Awak suka renung langit..,
Awak suka lihat awan beralun bergerak sana sini tu..,
Awak suka pandang pokok-pokok juga..,
Awak suka haruman rumput-rumput juga..itu saya tahu.
Apa awak suka, semua saya tahu,

Perghhh..
Aneh dia ni, bisik hati kecilku.

Tiap bicara pasti berilmu,

Tiap tutur pasti berbahasa,
Tiap tingkah pasti berlapis waspada,
Tiap renungan tidak pernah melebihi batas pandangan,
Kita orang melayu..
Kita melayu, ugama islam..
Kata-kata yang selalu kau ucapkan,

Jika saya terbabas.. cepat sedarkan,
Jika awak terbabas.. saya akan ingatkan,
Sehingga waktunya, inshaAllah.
Pesanan.



Itu saat itu,
Saat itu yang dinamakan dulu,
Saat yang dikatakan kenangan lalu,
Indah,
Tiada sesalan,

Tiada hirisan,
Tiada luka kesakitan,
Kerana kita hilang bukan kerana benci-bencian,
Bukan juga kerana kebosanan,
Tapi..
Mencari 'rasa' dari Ilahi,
Supaya terhindar kekandasan dikemudian hari,

Seperti langkah-langkah yg pernah kita dilalui.