Thursday 21 April 2011

Berapa kali terjatuh agaknya ye.. :))

Berapa kali agaknya dalam hidup ini kita akan jatuh cinta… hehehehe… siapa boleh jawab agaknya.. ermm susah kan…!!!

Saya rasa ada yang jawab 2 ke 3 ke 4 ke… yang paling best dengar ada yang jawab lebih dari 10x.. yang lebih pelik bila yang jwb ..’hari-hari pun aku jatuh cinta’.. adesss....habissss.. huhuhu

Kalau tanya kat saya.. saya akan jawab mcm ni je dengan rela hati...’’saya akan jatuh cinta bila hati saya kata ‘’jatuhkanlah cinta itu kehati’’..!!!  boleh faham ke?.. saya pun tak faham tapi hati kata ‘’alaaa.. cuba ler buat2 faham’’.. tertiba tersenyum tanpa sebab.. ermm.. faham rupanya ye.. :))


Kenapa agaknya nak jatuh cinta berkali-kali ek.. sekali je tak cukup ke.. ataupun kita ni tamak sangat.. tapi kalau kata tamak.. bukan nya dapat $$$ kalau jatuh cinta..

Senang je.. Kepuasan hati jiwa jawabnya.. Betul ke?.. laaa teruk saya ni, sek nak tanya je.. tapi orang kata kalau tak tahu kena tanyakan.. malu tanya nanti termasuk lak lorong lain. Itu ok la gak.. tp kalau termasuk pintu rumah orang lain lagi malu.. huhuhu.

Oleh kerana saya sendiri tak tahu apa sebenarnya jawapan kepada ‘’Berapa kali kita akan jatuh cinta dalam hidup kita??’’  .. jadinya saya tunggu je la jawapan dari semua jawapan itu.. itu pun kalau ada sesiapa yg punya keberanian untuk menjawabnya .. :)) 


 ~ Cinta kepada mahluk membawa kepada perpisahan, cinta kepada ALLAH SWT membawa kepada kepasrahan.  LANTARAN ITU YANG MANA SATU PILIHANMU??? ~


Wednesday 13 April 2011

Akulah pepatung itu...

                              
Aku ingin menjadi pepatung..
Walau kecil namun mampu terbang laju.

Aku ingin menjadi pepatung..
Menghiasi alam semesta dengan warna ceriaku.

Aku ingin menjadi pepatung..
Kerana kekuatan ku bisa membunuh seekor kuda..
Dengan gelaran Metacaballo di Amerika Selatan.

Aku ingin menjadi pepatung..
Disayangi dek negara Jepun..
Dengan lambang keberanian.

Aku ingin menjadi pepatung..
Kerana tubuh/anggotaku mampu menjadi ubat-ubatan dinegeri China.

Aku ingin menjadi pepatung..
Kerana menjadi sumber makanan kepada mereka-mereka di Indonesia agar tidak kelaparan.

ANEH kan kehidupanku kiranya aku juga seperti pepatung..
Namun itulah..
Itulah Kenyataannya..
Kebesaran dari yang Maha ESA..
Kerana keinginanku ini telah lama ku idami..
Sejak ku kenal akan PEPATUNG itu.

Aku ingin menjadi pepatung..
Kerana kelebihan pepatung lebih tinggi dari kehebatan sebuah helikopter Sikorsky..
Bayangkanlah bertapa aku..
Seandainya aku ini seekor PEPATUNG..
Dan Akulah Pepatung Itu.