Friday 16 September 2011

Pabila Lusuh Itu Ditelan Ombak Lautan Hati....


Redupnya suasana..
Seredup hati ini..
Hembusan sepoi bahasa angin..
Bagai bersuara mendayu..
Indah jua jika sesekali redup begini..
Pasti tiada jiwa kacau yang menggangu..
Kerana kekacauan itu telah dihembus jauh bersama angin yang berlalu.

Bila direnung akan nya alam..
Terhapus gelisah hati nan walang..
Hanya itu saja yang dimahukan..
Biar terhindar semua..
Kisah-kisah lusuh semalam..
Biar terkunci segala..
Kerana sejarah sebegitu tidak perlu dikenang.

Dilautan nan terbentang luas..
Ombak bersorak-sorak riang..
Menyambut angin menghulur utusan..
Bahawa kisah lusuh itu harus dibenam..
Jauh diperut lautan.

Padan muka mu wahai kisah yang lusuh..
Ditelan  arus badai ombak dilautan..
Bersemadilah kau disana..
Hingga sukar menampilkan rupa.

Hanya itu yang dimahukan..
Agar tiada halangan lagi untuk ku bertenang..
Agar tiada halangan lagi untuk ku melangkah riang..
Kerana kisah lusuh itu telah terbenam ditanam..
Diperut lautan dalam..
Dan dikawal hebat si hulubalang..
Sang ombak yang tabah dan gagah..
Dengan gelaran satria yang terbilang.