Wednesday 13 April 2011

Akulah pepatung itu...

                              
Aku ingin menjadi pepatung..
Walau kecil namun mampu terbang laju.

Aku ingin menjadi pepatung..
Menghiasi alam semesta dengan warna ceriaku.

Aku ingin menjadi pepatung..
Kerana kekuatan ku bisa membunuh seekor kuda..
Dengan gelaran Metacaballo di Amerika Selatan.

Aku ingin menjadi pepatung..
Disayangi dek negara Jepun..
Dengan lambang keberanian.

Aku ingin menjadi pepatung..
Kerana tubuh/anggotaku mampu menjadi ubat-ubatan dinegeri China.

Aku ingin menjadi pepatung..
Kerana menjadi sumber makanan kepada mereka-mereka di Indonesia agar tidak kelaparan.

ANEH kan kehidupanku kiranya aku juga seperti pepatung..
Namun itulah..
Itulah Kenyataannya..
Kebesaran dari yang Maha ESA..
Kerana keinginanku ini telah lama ku idami..
Sejak ku kenal akan PEPATUNG itu.

Aku ingin menjadi pepatung..
Kerana kelebihan pepatung lebih tinggi dari kehebatan sebuah helikopter Sikorsky..
Bayangkanlah bertapa aku..
Seandainya aku ini seekor PEPATUNG..
Dan Akulah Pepatung Itu.

No comments:

Post a Comment