Sunday 15 April 2012

Bersuaralah Wahai Bayang...



Sunyi sepi alam..
kemana perginya suara itu..
suara bagai memanggil daku..
antara senyum dan sapa..
hingga hati dibuai leka.

Bersuaralah wahai bayang kasih..
jangan biarkan hamba merintih..
merintih rindu diangin lalu..
hingga awan mendung kelabu..
buluh perindu tiada berlagu.


Bersuaralah wahai bayang rindu..
agar hilang pahit hempedu..
berikanlah penawar madu..
agar terubat lara dikalbu..
biar hilang cermin celaru.

Bersuaralah wahai bayang sayang..
hentikanlah jiwa melayang..
biar jejak kaki ketanah..
hentikan degupan nadi resah..
biar hancur deria gelisah.

Bersuaralah wahai bayang cinta..
biar terhapus hati yang lara..
biar hilang rindu derita..
agar tersenyum gurindam jiwa.


Andai suara itu kembali..
akan ku tatang sepenuh hati..
biar terhapus mimpi-mimpi sepi..
biar tergengam janji-janji..
hingga keakhir hembusan diri.

~ Gagal hanyalah pada persepsi seseorang insan, gagal bukanlah kehancuran kerana gagal itu adalah titik bermulanya kejayaan insan. ~




No comments:

Post a Comment