Friday 6 April 2012

Cinta Itu Warna Hati..




Cinta itu warna-warni katanya..
Warna hati warna wajah..
Asal saja pandai menilai..
Tetap teguh walau dilanda badai.

Cinta itu pengorbanan..
Walau kita berdiam diri itu pun cinta namanya..
Walau hilang dari mata dia tetap dihati kita..
Kerana itu cinta..
Cinta yang luar biasa.

Cinta itu kata hati..
Cinta itu gerak rasa..
Andaikata cinta itu sepi..
Biarkan ia saja..
Kerana ia menguji diri..
Berapa nilai cinta kita.




Cinta itu kesetiaan..
Bukan rasa belas kasihan..
Bukan juga kerana simpati..
Bukan juga kerana budi..
Kerana cinta itu kata hati..
Setia cinta setia kemati.


Cinta itu kehidupan..
Tiada cinta lesu rasa..
Namun jangan tersadai dek cinta noda..
Kerana kelak diri binasa..
Binasa diri gelap dunia..
Terdampar diri dek terlena..
Kerana kita terleka seketika.

Cinta itu kedamaian..
Penuh dengan ketenangan..
Cuma kita harus mengerti..
Dimana cinta letak dihati..
Baru kita akan mengerti..
Mengapa  cinta itu berwarna-warni.

~ Seorang lelaki melihat kecintaan dari matanya, seorang wanita mendapat kecintaan dari telinganya, mereka yang bijak merasa kecintaan daripada TUHANnya. ~







No comments:

Post a Comment