Friday 13 April 2012

Bila Hati Sudah Mula Suka..


Bila hati sudah suka..
Sepatah kata hari-hari pun tidak mengapa..
Asal saja dapat berita..
Muka senyum jiwa ria.

Bila hati sudah suka
Hari-hari nak tengok muka..
Tak jumpa tidak mengapa..
Kerana di handphone memamg dah ada picture.

Bila hati sudah suka..
Kredit handphone wajib ada..
Kerana risau tergendala..
Nak balas SMS bila-bila masa.







Bila hati sudah suka..
Tenang rasa jiwa raga..
Hari-hari rasa macam hari raya..
Tersenyum saja tanpa tahu kenapa.





Bila hati sudah suka..
Orang nak kata apa-apa pi lantak ler..
Janji kita sama-sama bahagia..
ASAL jangan buat yang ditegah Agama..
Cukup ler..
Hepi giler-giler..
Kenapa ye..
Kerana……
BILA HATI SUDAH MULA SUKA.


~ Ketahuilah bahawa kita hanya pelakun yang berusaha untuk menghayati watak sebaik mungkin agar lakonan kita berjaya.  Kita mampu melakukan apa-apa sahaja tetapi keputusan adalah hak milik mutlak Allah. Maka kita perlu faham bahawa kejayaan kita pada hari ini adalah kurniaan-Nya. Oleh itu, seringlah berterima kasih kepada-Nya agar kejayaan yang ada berkekalan. ~





No comments:

Post a Comment