Friday 20 April 2012

Lagu Itu Ada Kerana Aku Disitu..



Malam ini aku hiburkan telingaku seperti biasa..
Best gak lagu-lagu ku ini..
Indie, jazz, blues, rap, slow rock, balada dan country..
Semua irama pun ada..
Cukup buat untuk tersenyum seketika..
Sebagai hiburan diri sendiri semata-mata.

Tiba giliran 6ixth Sense hiburkan aku..
Telinga dengar tapi hatiku sayu..
“TANPA’’ lagu feveret aku..
Liriknya jelas buat hati rasa rindu.







Perghh !!!! Benar kata si penyanyi..
Tanpa cintamu aku resah..
Tanpa kasihmu aku hampa..
Tanpa dirimu aku mati..
Tanpamu aku tak mengerti.


Tertiba lagu bertukar rentak..
Suara bebudak Force Vomit mengambil tempat..
Lagu untuk ‘’SITI’’ memang sedap..
Liriknya buat rasa rindu ku lenyap..
Kata bebudak FV  ni lagi..
Dont give up’’ wahai Siti..
Buat aku tersenyum sendiri..
Advice baik punya harus ku ingati..
Jangan rinduku memakan diri.

Lepas tu aku dengar satu lagi lagu..
I lay my love on you’
Lagu ni betul-betul buat aku jadi layu..
Macam dengar suara itu menyanyikan untuk aku..
Minda aku jadi beku..
Bila teringat kisah-kisah lalu itu.



Tapi kenangan itu sejarah..
Tak harus ku ingat selalu kerana buat jiwaku resah..
Lantas jari ku tukar lagu lagi..
I cant be with you” dari The Cranberries..
Macam ni lah selalu ku pujuk hatiku..
Untuk hilangkan semua rasa sayu pilu..
Dan yang paling penting harus ada dalam minda..
no one else can do it for you
Kerana AKU ADALAH AKU.


~ Menyedari kealpaan diri adalah sikap terpuji, kerana darinya akan timbul rasa cinta untuk kembali kepada-NYA dan sesungguhnya Allah SWT tidak melihat apa yang kita pakai dan harganya tetapi menilai dalaman diri kita.~







2 comments:

  1. Ya, dirimu adalah dirimu~

    Usah gentar, usah berundur, jangan mengalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T/ksh kerana kata2 sentiasa bagai pemberi semangat.

      InsyaAllah..selagi berupaya.

      Delete