Thursday 29 March 2012

Terlupa seketika di Alam Nyata..




Mukasurat itu diselak-selak lagi..
Mencari muka akhir yang dibaca..
Sampai mana tadi..
Muka mana diakhiri..
Keliru seketika.


Termenung berfikir..
Berfikir di alam nan nyata..
Inilah lumrah kehidupan kita..
Kalau terleka pasti terlupa..
Kalau teralpa pasti sukar untuk mengingati..
Mengingati jalan mana dilalui sebelumnya..
Alangkah hampa.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un..
Bisik hatinya berkali-kali..
Ya Allah Ya Tuhanku..
Ampunilah diri ini..
Terlalai hambamu seketika..
Dengan kehidupan ini..
Hingga fikiran tidak mampu berfikir..
Jalan mana harus langkah ini menuju.

Diselak-selak lagi mukasurat buku itu..
Tersenyum sendiri..
Adoiii.. !!! kenapalah aku terlupa..
Padahal penanda buku besar saiznya disertakan sama..
Mengapa tidak digunakan sebagai penanda..
Agar tidak hilang mukasurat yg telah dibaca..
Sia-sia sahaja penanda itu ada.

Cuba pula di ingatkan jalan cerita..
Sampai mana tadi..
Otak ligat mengingati..
Oooooo !!!!!! riang riak wajahnya..
Ingat ! ingat ! ingat !..
Terima kasih Ya Allah.
Terima kasih memulangkan ingatan hambamu ini kembali.

Begitulah warna-warna kehidupan..
Sememangnya kita tidak pernah sempurna..
Namun..
Haruslah diingati selalu..
Dimana pegangan hidup..
Terlalai itu memang lumrah kita manusia..
Yang penting jangan sesekali kita terlupa diri..
Bahawa kita dianugerah dengan akal..
Dibekalkan dengan ilmu pengetahuan..
Dan ingatlah jua..
Kita manusia adalah hamba yang dimuliakan..
Dan di bekalkan dengan berbagai kelebihan..
Terima kasih Ya Allah.

~ Sesungguhnya manusia dicipta oleh Allah SWT merupakan satu ciptaan yang paling sempurna berbanding dengan makhluk yang lain termasuk malaikat, tetapi malangnya kita sendiri tidak tahu dan tidak kenal kehebatan diri kita sendiri, padahal sekiranya kita tahu..kita akan berjaya menempuh kehidupan didunia ini supaya selamat didunia dan akhirat. ~


No comments:

Post a Comment