Thursday 15 March 2012

Biarkan Takdir Itu Berlalu....

Sarat pemikiran..
Tak terhitung dek jari jemari..
Satu demi satu dikutip..
Memori indah suka duka..
Di adun menjadi segumpal doh..
Di dalam cangkir minda.





Redup mata renung kelangit..
Membilang kelipan bintang-bintang..
Satu, dua, tiga, empat, lima..
Mana mungkin bisa berakhir..
Kerana itu adalah takdir.

Cuba digapai angin lalu..
Mana mungkin dapat digenggam..
Walau terasa sejuk hembusan bayu..
Kerana itu adalah takdir..
Takdir yang telah ditentukan.

Terbias asakkan akal..
Mengapa? ..sepi hati bertanya..
Ditadah tangan mohon perlindungan..
Ditadah tangan mohon pertolongan..
Hindarkan sarat-sarat ini..
Hapuskan alunan lagu-lagu duka ini..
Kerana diri ingin terus melangkah..
Tanpa mahu disakiti lagi..
Tanpa mahu ditemani titisan airmata jernih.

~ Sesiapa mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa, sama ada yang memilukan atau yang menyeronokkan, maka dialah orang yang mempunyai iman yang kukuh dan keyakinan yang teguh. ~

No comments:

Post a Comment