Saturday 3 March 2012

Diam Ku Dalam Bicara...

Tercobek alunan hati..
Berkias kata tiada gunanya..
Biar sendu iringi baris kata..
Agar tiada yg terluka akan adanya.

Meruntum jiwa dek sebar angin..
Mata kaku melihat..
Hati beku untuk berkata..
Tiada terdengar deruan ombak..
Kerana baitan luka tersasar ribuan di hati kecil.

Lambaian nyior bagai menahan..
Menyusur parah terhenti seketika..
Lembut kalimah akan pujukan..
Dihulur warna..
Amat sukar utk menangkis..
Kerana..
warna itu telah ku pilih menjadi sebati di jiwa.

Andai hari ini kertas putih itu tiada berwarna..
Maafkan diri ini kerana terlupa..
Kerana diri ini hanya insan biasa..
Yang bisa terhiris dan terluka..
Sehingga tidak termampu..
Gerakkan jari hati utk bersuara.

Bukan amarah bertandang..
Bukan jua kerana benci menerkam..
Cuma ku pinda..
Berikan sedikit ruang untuk ku bernafas..
Kerana kasih ini..
Terbang begitu pantas buat mu di sana..
Dan kata-kata bagaikan tersekat seketika..
Dan percayalah..
Sayangku ini tetap sama..
Kerana diamku dalam bicara.

No comments:

Post a Comment