Saturday 3 March 2012

Harumnya Mimpi Itu..

Harum..
Hati ini seharum bunga..
Bagai sebuah mimpi indah..
Si  puteri berjalan di tanam istana..
Dikelilingi kembangan bunga..
Tersenyum ia kealpaan sebentar..
Indah sungguh.

Harum itu menusuk kesanubari..
Terpancar diwajah rupa..
Bercahaya..
Bagai sinaran bulan mengambang..
Bagai bintang-bintang yang bertaburan dikaki langit..
Indah sungguh terasa.

Dari mana datangnya keindahan sebegini rupa..
Tidak diketahui puncanya..
Namun..
Kerana cintanya pada Allah yang Maha Esa..
Doa di iringi dengan RASA..
Akhirnya diperlihatkan bertapa indahnya kehidupan..
Walau cuma hanya dalam mimpi.

Ya Allah Ya Tuhanku..
Terima kasih atas pertunjukmu..
Hanya itu yang aku rindukan..
Sekian lama bertapak dimuka bumi ini..
Sekian lama aku mencari-cari..
Siapa diri ini..
Akhirnya aku menuju kejalan yang ditentukan oleh Mu..
Walau hanya di dalam mimpi itu.

Harum..
Walau tersedar masih lagi terasa..
Menusuk kejiwa raga..
Keharuman dan kecantikkan warna..
Hingga mata terpana..
Akan keindahan..
Akan keharuman..
Tiada tandingan.

Dan kerana haruman itu juga..
Membuatkan aku tersedar..
Membuatkan jiwaku terjaga..
Bertapa aku masih disayangi..
Bertapa aku masih lagi dikasihi..
Malah masih lagi diperhati..
Agar tidak salah melangkah lagi..
Alhamdulillah..
Terima Kasih Ya Allah..

No comments:

Post a Comment