Thursday 15 March 2012

Andai Hati Tahu….

Andai hati tahu..
Mana arah tuju itu..
Pasti jiwa tidak celaru..
Sudah pasti terhapus keliru..
Walau jalan sarat berliku-liku.

Andai hati tahu..
Apa erti bicara itu..
Pasti tiada yang tersedu-sedu..
Pasti tiada yang terbelenggu..
Terdampar juga sedih pilu..
Kerana..
Maksud terhurai satu per satu.

Andai hati tahu..
Apa maknanya tiupan bayu..
Yang meredah lautan tanpa jemu..
Kerana jawapan hanyalah satu..
Keabadian hati jelas di situ.

Andai hati tahu..
Apa itu nyanyian kalbu..
Pasti tenang didalam bisu..
Hilang resah..
Hilang pilu..
Setelah dibawah jauh dek angin yang lalu.



~ Jika mengharapkan cinta berkesinambungan hingga ke-syurga, maka pergantungan yang benar harus diletakkan kepada-Nya kerana mengharap pada manusia, rasa kecewa akan menjelma apabila jalan-jalan harapan itu dinodai dengan perlakuan-perlakuan yang tidak dapat dijangkakan. ~


No comments:

Post a Comment