Wednesday 21 March 2012

Inilah AKU Kini…


Aku tidak akan meminta apa-apa..
Aku tidak akan memaksa..
Aku tidak ada rasa lagi untuk bertanya..
Aku tidak perlu lagi bersuara..
Cukuplah untuk kali ini..
Ia terhenti disini..
Kerana aku bukan peminta sedekah..
Hanya kerana sebidang hati yg perlu ditanam  dan dibaja dengan kasih.

Aku tidak mungkin merayu..
Aku tidak mungkin merisik khabarmu..
Aku tidak mungkin bertanya ini dan itu..
Cukuplah ia terhenti disitu..
Kerana aku masih boleh melangkah lalu..
Kerana itulah diriku.

Aku tidak akan menagih kasihmu..
Aku tidak akan menghulur tangan utk merayu..
Aku tidak biasa dengan semua itu..
Cukuplah terhenti  disitu..
Kerana aku adalah aku..
Sikap itu telah sebati dengan darahku.

Bukan aku ego untuk meminta..
Kerana telah ku hulur kata untuk berbicara..
Terpulang akan dirimu untuk memberi warna..
Untuk corakkan ia..
Untuk bentukkan ia..
Untuk kekalkan ia..
Dan aku tidak ingin tahu.

Bagi ku..
Semua itu sudah berlalu..
Menjadi debu diseluruh rusuk hidupku..
Ku hembus debu-debu itu diangin lalu..
Lantas tiada apa yg tertinggal..
Cuma sekeping hati yg masih kosong tanpa dicemari..
Masih kental untuk terus melangkah..
Walau tidak diketahui..
Esok apa bakal yang terjadi..
INILAH AKU KINI.

~ Yang manis hari ini..tak bererti manis juga semalam, yang masam hari ini..tak bererti masam juga esok, kadang-kadang kita kecewa bila keikhlasan kita dikianati, sebenarnya kita lupa bahawa kita telah meletakkan keikhlasan dan kesetiaan pada tempat yang salah. ~





No comments:

Post a Comment