Saturday 3 March 2012

Indah Belajar Tentang Itu....

Masih terdengar lagi akan kata-kata itu..
Jika tiada yang baik untuk dibicarakan..
Lebih baik tutup mulut dan diam..
Jika kata-kata itu hanya kata-kata kosong..
Lebih baik diam..
Jika kata-kata itu akan membuat org salah faham..
Lebih baik diam..
Dan hari ini..
Aku belajar diam dari banyaknya bicara.

Apa itu Sabar sebenarnya..
Bosan aku bosan dengan perkataan ini..
Mereka hanya pandai perkata SABARRR..
Namun mereka tidak tahu apa sebenar ertinya..
Tahukah kalian Sabar itu punyai formula..
Sabar yang berformula dan Tekanan tidak boleh dicampuradukkan..
Tapi kini aku hidup dalam ketenteraman..
Setelah aku belajar SABAR dari sebuah Kemarahan.

Hidup ini bagaikan roda-roda..
Hari ini atas esok bawah letaknya..
Hari ini kita dibawah..
Esok lusa pasti atas tempat kita..
Namun belajarlah sesuaikan diri..
Sebelum terjadi apa-apa..
Moga tidak lemas kita pabila tenggelam kerana kita pandai berenang..
Kerana semua telah kurasai..
Kini terasa indah kehidupan..
Setelah aku belajar kesusahan itu dari hidup kesenangan.

Aku manusia biasa..
Kekadang aku juga alpa dan terleka..
Kekadang aku bersuara tanpa peduli sesiapa..
Asal aku rasa apa yg aku kata itu benar belaka..
Itulah kelemahan aku..
Namun tidak perlu kalian risau atau terharu..
Atas pengakuan jujur ikhlas dari aku..
Bukan minta belas atau tagih simpati..
Hanya ingin memberitahu kalian..
Kini aku telah mula belajar Mengalah dari Keegoisan diri.

Kini aku sudah bisa tersenyum..
Walau kekadang aku terdampar didunia yang sunyi sepi..
Aku telah berjanji kepada diri..
Dan akan tetap berpegang akan janji..
Aku tidak mahu tersedu sedan lagi..
Kerana aku mulai sedari..
Setiap tiupan taufan pasti ada hikmah menanti..
Setelah aku belajar menanggis dari sebuah kebahagiaan duniawi.

No comments:

Post a Comment