Friday 16 March 2012

Cerita Akan RINDU Itu… !!!

Andai ada yg memberi rindu itu..          
Pasti ku tolak dengan senyuman..
Kerana ku tahu..
Rindu itu amat menyakitkan.

Andai ada yg memberi rindu itu padaku..
Akan ku tanya dengan deretan soalan..
Bukan aku seorang yg tidak sopan..
Tetapi..
Aku tahu..
Rindu itu suatu yg sukar dipadamkan.

Andai ada yg sanggup memberikan ku rindu..
Akan ku tatap matanya sedalam-dalam..
Bukan kerana aku seorang perempuan murahan..
Tetapi..
Biarlah firasatku secara tulus membaca..
Adakah kata-katanya itu boleh disimpan.

Andai rindu itu sememangnya diutuskan untuk ku..
Pasti akan ku jaga ia agar tidak melimpah minda sempadan..
Kerana ku tahu..
hanya kerana DIA rindu itu bertandang..
dan kerana DIA juga..
Rindu itu bisa hilang.



~ Firman Allah SWT yang bermaksud :
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila DIA berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka DIA hanya berfirman kepadanya : 
Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. 
- Surah 2 al-Baqarah : 117 ~


No comments:

Post a Comment