Sunday 4 March 2012

BerSaing Lagi Kita.. !!!


Agaknya mesti ramai tertanya-tanya mengapa topik di atas tertulis ‘Bersaing’?. Dari perkataan pun kita dah dapat agak, ianya mestilah berkaitan dengan lebih dari seorang. Tetapi adakah kita terfikir bahawa kita juga boleh bersaing dengan diri kita sendiri??.. Agak-agaknya boleh ke? Bagaimana agaknya?..Perghhhh!! .. banyak betul perkataan ‘agak’ , macam was-was aje nak jawab ‘BOLEH’.. :)




Sebenarnya bersaing dengan diri sendiri juga melibatkan dua pihak iaitu:

Diri kita yang sedia ada zahir dimana dikelilingi dengan sikap-sikap yang negatif seperti letih, malas, kecewa, ragu-ragu, tidak yakin, marah, malu, takut dan bermacam-macam perasaan negatif yang lain.

Diri kita yang juga dipanggil roh atau jiwa.

Seperti yang kita semua ketahui, untuk berjaya dalam kehidupan kini dan akan datang, kita seharusnya menyingkir sikap-sikap negatif ini dengan sedaya-upaya untuk sampai atau menuju kearah sikap yang lebih idealistik seperti cemerlang dan berjaya pada kedudukan yang teratas. Paling tidak pun untuk kita ketahui akan pencapai diri dimana arasnya.  Bukankah ini yang kita sendiri inginkan?

Apa yang kita ketahui ialah bila bercerita mengenai persaingan ini, selalunya kita akan menbayangkan orang yang kedua atau ketiga atau lebih dari itu, namun disini saya cuma ingin menumpukan kepada persaingan dengan diri kita sendiri.  Mungkin kedengaran agak pelik atau ganjil, tetapi ini adalah cara yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan diri tanpa menyakiti hati manusia-manusia yang lain.

Ada beberapa faktor jelas dimana amalan bersaing dengan diri sendiri ini adalah terbaik.  Diantaranya ialah :

▪  Ianya boleh dilakukan 24 jam sehari, sedangkan bersaing dengan orang lain, waktunya teramat terhad dan belum menjamin bahawa kita menjadi yang terbaik.

▪  Boleh mensasarkan tahap kejayaan diri sehingga 100% tanpa pening memikirkan hal orang lain yang boleh menimbulkan perasaan dengki, irihati, benci, marah dan lain-lain lagi.

▪  Ruang, masa dan perbelanjaan (kos) yang sentiasa menyebelahi kita.

▪  Cuma menggunakan tenaga minda.

▪  Mudah untuk mendapat tempat yang teratas tanpa mempedulikan no. 2 atau yang lain.

▪  Dan yang paling penting ialah kepuasan hati dan jiwa apabila kejayaan itu di raih adalah hasil dari menjauhkan diri dari sikap-sikap yang negatif yang amat buruk dipandangan mata dan permikiran.

Bagaimanakah yang dikatakan bersaing dengan diri sendiri itu?

Diantara sikap-sikap yang dikatakan bersaing dengan diri sendiri adalah seperti:

          -  Memperbaiki kelemahan diri dan jangan buang masa dengan membiarkan diri terlibat dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil.

          -  Berusaha untuk mendapatkan kemahiran diri melalui bahan-bahan bacaan yang terdapat disekeliling kita, membuat sedikit kajian atau homework, bagi yang bekerja, wajarlah menghadiri kursus-kursus atau seminar-seminar yang sedia ada tanpa banyak persoalan.

          -  Sentiasa mujahadah dengan diri sendiri dan menetapkan bahawa sasaran kita adalah untuk kemenangan ataupun mencapaian yang terbaik untuk diri kita.

          -  Sentiasa berusaha buat yang terbaik.

          - Keyakinan perlu ada dan percayalah bahawa Tuhan sentiasa mendengar dan membantu dengan apa permintaan kita sekiranya pemintaan kita itu berasas dan dilakukan dengan cara yang betul. [berdoalah seikhlas hati dan bukannya memaksa Allah untuk memberi kerana Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat hamba-hamba-NYA.]

          -  Tinggalkan semua sifat-sifat mazmumah iaitu bermalas-malasan.

          -  Berani melangkah dengan bijaksana di atas perkara-perkara yang dirancangkan.

          -  JANGAN sekali-kali berhenti berusaha selagi kejayaan belum menjadi milik diri.

KONKLUSINYA..

Bersainglah dengan diri sendiri setiap masa untuk menghapuskan sikap-sikap negatif itu yang mana ianya sentiasa menjadi penghalang untuk diri kita berjaya dan menjadi seorang diri kita yang terbaik, dan sekiranya kita sudah bersaingan dengan diri sendiri makanya dalam persaingan dengan orang lain, kita akan meningkatkan kedudukan sehingga akan mendapat tempat yang teratas sentiasa, InsyaAllah.

- Bijak berperang belum tentu dapat mengalahkan musuh sendiri yang duduk didalam diri, yang tidak pernah lari, bahkan sentiasa menyakiti. -

No comments:

Post a Comment