Monday 19 March 2012

Rindu Memburu Lagi…


Pagi ini rindu itu memburu lagi..
Entah pada siapa ingin dituju..
Bagai tiada jawapan yang tertentu..
Sakit menahan..
Rapuh rasanya seluruh badan..
Kerana rindu itu amat kesakitan.

Ku berbisik kepada sang angin..
Bawalah rindu ini pergi jauh dari diri..
Jauh sejauhnya mungkin..
Agar tenang diri ini dikala ku bernafas..
Tiada kesakitan yang menghalang..
Tiada gugurnya airmata..
Juga terhindar dari suara-suara bertanya..
Rindu itu untuk siapa sebenarnya.

Kepada mentari pagi..
Ku mohon darimu setulus hati..
Keringkanlah titisan rinduku ini..
Seperti embun..
Embun yang datang hanya seketika waktu..
Kan hilang ia pabila dipanahi cahayamu..
Dan ditinggalkan ia akan keindahan..
Maka nikmatlah pandangan mata.

Pagi ini rindu itu memburu lagi..
Tidak ku tahu untuk siapa..
Kerana hati bagaikan ketakutan untuk berbicara..
Cuma yang mampu..
Ku serahkan ia kepada yang Esa.
Kerana DIA yang lebih mengetahui..
Akan perjalanan hidupku ini..
Dan moga dihantarkan kembali..
Kepada hamba-NYA jua
Yang merindui diri ini..
Agar ringanlah akan kesakitan rindu yang sebegini..
Pabila rindu itu memburu ku lagi.


~Kasih itu ungkapan rasa, bicara itu ungkapan kata, kedua-duanya saling melengkapi untuk terjadinya cinta ~



No comments:

Post a Comment