Saturday 17 March 2012

Kata Itu Isi Hati…

Kata-kata itu ku simpan..
Dipeti besi hati terkunci..
Kukuh..
Teguh..
Agar bisa menemaniku..
Dikala sepi mencengkam diri..
Kerana kata itu isi hati.







Andai sepi itu hadir..
Masih ada senyum dibibir menemani..
Kerana aku masih mengota kata..
Aku masih memegang janji..
Dan percaya jua..
Bahawa..
Kepercayaan itu tidak akan hilang andai tidak dihilangkan dari diri.

Kata-kata itu bagai perisai diri..
Agar tidak tersungkur berkali-kali..
Agar langkah tidak luka mengharung duri..
Kerana kata-kata itu isi hati..
Bait kata tersimpul mati..
Akuan diri  antara dua hati.

Andai esok hati  masih mengamit sunyi..
Akan ku hangatkan ia seperti mentari pagi..
Pasti melirik embun iri hati..
Melihat hati bagaikan taman bunga berwarna warni..
Mekar segar senyum mewangi..
Kerana ku sedari kini..
Kata-kata itu bagai rahsia keyakinan diri.

~ Kata-kata menunjukkan erti, namun apabila erti difahami, hilanglah kata-kata dan hadapilah kebenaran yang telah ditentukan. ~


No comments:

Post a Comment