Sunday 18 March 2012

Pabila Bintang Itu Berbisik .. :)

Pabila bintang itu berbisik..
Terukir warna cahaya dilubuk hati..
Lantas..
Bibir mengukirkan senyuman tanpa bicara..
Kerna..
Sememangnya itu yang dinantikan sekian lama.

Pabila bintang itu berbisik..
Ter nyah jauh rusuh dijiwa..
Tercampak jauh walang dihati..
Terlontar jauh kelam di sanubari..
Justeru lampiran warna-warna keemasan menjelma..
Dan hati mulai berbisik riang..
Alangkah indahnya nyanyian sukma.


Pabila bintang itu berbisik..
Alam tersenyum tanda setuju..
Pasti tersungkur jiwa nan rawan..
Kecewa sungguh gelisah itu..
Kerana tiada lagi tempatnya menumpang..
Seperti parasit hidup..
Dijiwa yang dilanda cinta warna setia.


Pabila bintang itu berbisik..
Direnungi langit biru awan berbalam..
Indah sungguh pancawarna hidup..
Terselit seribu satu kisah cerita..
Namun akhirnya..
Berkat ketabahan dan kesabaran..
Tercapai hasrat..
Terserlah  sudah cetusan..
Lojik-lojik kehidupan.

Pabila bintang itu berbisik..
Terhindar diri dari mereka..
Yang pandai bermain kata-kata..
dan  bertempiaran  langkah..
Serta tunduk tersipu segan..
Dengan sifat kepura-pura mereka untuk setia lakunya.

~ Walau apa pun alasannya, selagi kita bernama manusia, kita akan tetap saling memerlukan antara satu sama lain. ~


No comments:

Post a Comment