Sunday 11 March 2012

Bicara Malam ...

Gelap malam melingkari rindu..
Berlari-lari hati sepi dicelah bintang-bintang bertaburan..
Tiada gurindam..
Tiada nyanyian..
Tiada irama gemalai..
Tiada apa untuk dibicarakan..
Hanya alunan tiupan bayu..
Berdesiran dedaunan.


Malam itu diselimuti kepulan awan pilu..
Bagai bayu menanggis di angin lalu..
Lalu di sapa dek bulan terang..
Katanya..
Mengapa menanggis dibalik bidai..
Sedangkan..
Airmata mu itu amat bernilai.

Sayu itu bukan berita..
Sayu itu juga bukan kata-kata..
Hanya segumpal rasa di alam maya..
Dirasai tanpa kelihatan nyata..
Hendak dipegang tiada upaya..
Hendak di gengam tiada bentuknya.

Andai bicara malam ini buat hati terderita seketika..
Pasrahlah diri pejamkan mata..
Tanya hati mengapa..
Tanya diri kenapa..
Kerana jawapan itu ada disana.

Gelap malam itu melingkari rindu..
Tiada ceria bicara..
Bagai irama tiada berlagu..
Namun ..
Berbisik sepi ditepian kalbu..
Katanya..
Sepi itu tetap indah..
Kerana malam telah dicipta buat mereka..
Yang setia pada rindu.

~ Seni itu jiwa, seni itu rasa, 
Berdoa tanpa seni.. ibarat makan tak cukup rasa ~













No comments:

Post a Comment