Saturday 3 March 2012

Mengapa Manusia Bermasalah?

1.       Manusia mempunyai perbezaan sikap dan personaliti:

          -  Manusia sentiasa berharap orang lain memahami diri mereka walaupun mereka  sendiri sukar untuk memahami orang lain.

2.       Manusia mempunyai hasrat/harapan yang ingin dicapai:

          -  Masalah akan timbul apabila apa yang mereka inginkan tidak selari dengan apa yang mereka perolehi.

          FIKIR : Apa hasrat/keinginan anda ???????

3.       Manusia dipengaruhi oleh persekitaran .  (ekonomi/sosial) :

          -  Manusia merasakan adalah satu masalah dan kegagalan jika tidak dapat melakukan sesuatu mengikut kehendak persekitaran dan masyarakat.

4.       Manusia mempunyai komitmen dan tanggungjawab:

          -  Kegagalan kita menunaikan tanggungjawab dan amanah akan menyebabkan berlakunya rentetan masalah dalam kehidupan kita.

5.       Manusia mempunyai tanggapan dan persepsi yang berbeza :

          -  Manusia cenderung melihat dengan mata kasar..
              ›  orang yang kelihatan gembira -- > tidak bermasalah.
              ›  orang yang tidak ceria -- > bermasalah.

          -  Manusia juga cenderung melabelkan sesuatu masalah kecil kepada masalah kritikal dan besar sedangkan masalah sebenarnya bergantung kepada cara kita mempersepsikannya.

6.       Manusia mempunyai hak-hak yang perlu disempurnakan dalam perhubungan iaitu perhubungan dengan Allah dan perhubungan manusia dengan individu lain.  Justeru itu, masalah akan timbul jika individu lain tidak menunaikan haknya kepada kita dan begitu juga sebaliknya.

~ Usahlah risau akan masalah kerana ia adalah sesuatu yang baik buat kita.  Tanpa masalah, kita pasti tidak mampu mengenal diri.   
Ia juga adalah tanda-tanda seruan Allah SWT agar kita datang segera kepada-Nya.  Ucaplah  Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un  yang bermaksud sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Allah kami kembali ~



2 comments:

  1. mcm tu la..pamerkan tulisan diri sendiri..baru lah ada kepercayaan atas kebolehan diri sendiri..
    Entri Terbaru Saya:
    Jodoh Ada Di Tempat Kaki Kita Berdiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sentiasa memberi kata2 semangat..ini adalah baru bt sy..walau agak kekok dan masih lagi lintang pukang tp telah berjaya melakukannya walau hanya permulaan dgn hasil 5%. Tksh ye ARM..
      - saya dh baca entri tu tp nnt waktu free sy pergi melawat lagi utk ulangi membaca, btw tksh jua ats info.

      Delete